Pelawat - 349080
      DASAR KESELAMATAN

    Perlindungan Data
    Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

    Keselamatan Storan
    Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

    PENAFIAN

    Terma dan syarat penggunaan Laman Web Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang ini adalah seperti berikut:

    1. Syarat-Syarat Akses

    Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang berusaha sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik melalui penyaluran maklumat laman web ini dengan tepat dan terkini. Walaubagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan PPD Batang Padang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. PPD Batang Padang berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis.

    Dengan mengakses bahan-bahan yang disediakan oleh PPD Batang Padang di dalam laman web ini, anda mengakui dan menerima kenyataan di bawah dan bersetuju untuk mematuhi syarat yang dinyatakan di bawah. Baik maklumat mahupun sebarang pendapat yang terkandung di dalam laman web ini, ia tidak menyumbang kepada satu permintaan . Maklumat dan bahan-bahan termasuk syarat-syarat yang terkandung di dalam laman web ini boleh diubahsuai, dipadamkan atau diganti dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa di atas budi bicara pentadbir Portal PPD Batang Padang.
    Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan PPD Batang Padang tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.

    Laman web ini hanya membenarkan warga pendidik Daerah Batang Padang sahaja menyertai forum untuk mengawal sebarang maklumat yang bercanggah dengan etika internet dan mengelakkan sebarang tohmahan, fitnah serta serangan bercorak peribadi.

    Kami tidak memberi jaminan bahawa laman web ini boleh sentiasa diakses tanpa sebarang gangguan, selamat, bebas daripada virus komputer atau lain-lain pencerobohan kod yang boleh memusnahkan. PPD Batang Padang tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti, perbelanjaan, tuntutan atau permintaan yang menyebabkan sebarang kelewatan, ketidaktepatan atau kesilapan di dalam maklumat atau di dalam penyiarannya.

    2. Ketepatan Laman Web Ini

    Portal ini boleh mengandungi ketidaktepatan yang tidak disengajakan atau kesilapan taip. Ia akan diperbetulkan atas budi bicara pentadbir pengendali (moderators), sekiranya ada. Maklumat di laman web ini sentiasa dikemaskini, tetapi ketidaktepatan mungkin masih ada atau ia berlaku semasa proses mengemaskini dilakukan. PPD Batang Padang tidak bertanggungjawab terhadap kandungan tersebut.

     

    Hak Cipta Terpelihara © 2009 Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang
    Penafian : PPD Batang Padang tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.